“Saya Nampak Makin Teruk” – Fathia Latiff Sedih Kena ‘Shaming’

“Saya Nampak Makin Teruk” – Fathia Latiff Sedih Kena ‘Shaming’

Pelakon sensasi, Fathia Latiff meluahkan rasa sedih kerana dia seolah tidak mengenali dirinya sendiri selepas melakukan perubahan pada wajahnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Fathia merasakan dirinya kelihatan teruk serta tidak mahu lagi berdandan malah rasa seperti tidak dikenali orang apabila berada di luar.

BACA: Bacaan Al-Quran Hampir Sempurna, Fathia Latiff Dipuji Netizen

“Saya dapat melihat perubahan pada wajah saya dan sejujurnya saya kelihatan semakin teruk sekarang.

“Saya sudah tidak berpakaian kemas dan menarik. Kadangkala, saya rasa orang tidak mengenali saya apabil berada di luar. Sukar rasanya apabila tidak lagi berasa seperti diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Fathia mengakui dirinya terluka kerana sering dihakimi dan diperlekehkan kerana penampilannya. Malah, dia enjalani prosedur filler untuk mencantikkan wajah namun ia membuatkan dia lebih sedih.

“Saya terluka dari dalam. Orang sekeliling terus-menerus menghakimi dan memperlekehkan saya kerana penampilan saya. Saya hanya buat rawatan kecil sekadar filler tetapi daripada berasa lebih baik, saya kini rasa semakin sedih,” katanya.


Scroll to Top