“Saya Okay Je, Tak Tersinggung…” – Penampilan Seksi Melissa Campbell Punca Sering Terima Komen L*cah

“Saya Okay Je, Tak Tersinggung…” – Penampilan Seksi Melissa Campbell Punca Sering Terima Komen L*cah

Pelakon jelita, Melissa Campbell mengaku tidak kisah apabila menerima komen lucah selepas penampilannya pada sebuah acara dikritik.

Kata Melissa ketika ditemui XTRA, dia tidak tersinggung atau terasa hati dengan respons yang diberikan warganet bahkan menganggap ia adalah normal bagi selebriti sepertinya.

“Saya perasan tentang komen lucah itu, tapi saya tidak tersinggung. Itu adalah sebahagian daripada apa yang akan kita hadapi bila kita tampil di hadapan umum dan dedahkan diri.

“Saya okay sahaja, lagipun saya pun kadang-kadang ada balas dan bersembang dengan mereka di ruangan komen.

“Kadang-kadang dengan komen sebegitu, wujud perbualan antara saya dengan mereka.

“Dan, saya rasa humor dan tidaklah terlalu sensitif,” katanya.

Melissa atau nama penunya, Melissa Alexander Campbell, 34, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media drama First Wives yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, ibu anak satu ini berkongsi, suaminya juga terbuka dengan komen yang diberikan netizen terhadap penampilannya di khalayak.

“Suami saya pun tidak kisah dengan komen-komen tersebut, katanya biarlah apa yang netizen nak kata. Apa yang penting, akhirnya adalah hubungan kami sekeluarga,” jelasnya.

Terdahulu, Melissa yang tampil dengan busana hijau tanpa lengan pada tayangan perdana filem Blood Brothers: Bara Naga baru-baru ini menuai tumpuan dek kerana potongan gaun tersebut menampakkan bahagian dadanya.

Scroll to Top