Perkongsian pelakon dan usahawan Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran dia pantang menjadi lembik.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazura turut mengatakan dia mahu menjadi seperti kuih keria yang “rangup di luar, lembut di dalam”.
BACA: “Hubungan Kami Sangat Baik” – Nabil Nafi Hubungan Dengan Fazura Bermasalah

Tidak menjelaskan perkara itu lebih terperinci, rata-rata netizen mengatakan mereka sentiasa berada di belakang aktres tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang terhibur dengan hantaran Fazura itu yang bertanyakan di mana mahu mencari kuih keria sedap sekitar Selangor.




