“Saya Perlukan Hanya Satu Permohonan Maaf” – Atu Zero Mengaku Duit Punca Gaduh Dengan Abang Sendiri

“Saya Perlukan Hanya Satu Permohonan Maaf” – Atu Zero Mengaku Duit Punca Gaduh Dengan Abang Sendiri

Oh! Artis

Atu Zero dedah punca konflik dengan abangnya, Sharif.


Hubungan dua beradik yang pernah menghiburkan rakyat Malaysia melalui kumpulan Zero rupa-rupanya sudah lama retak.

Atu mendedahkan konflik dengan abangnya, Sharif, telah berlarutan selama dua tahun akibat masalah kerja dan isu kewangan yang dipendam terlalu lama.

BACA: Isu Buka Aib Di Podcast, Atu Zero Perjelas Keadaan Hubungan Dengan Shariff

Atu dedah pertelingkahan berlarutan dua tahun

Sharif Zero

Dalam laporan Kosmo!, Atu akhirnya membuka mulut tentang punca sebenar sehingga membawa kepada pertelingkahan adik-beradik.

Katanya, masalah sudah dipendam sejak sekian lama dan akhirnya meletup menyebabkan mereka bergaduh.

Dalam konteks industri, saya boleh katakan ada kaitan dengan masalah kerja dan isu kewangan juga salah satu punca faktor.” Namun, jika dikumpulkan semua, apa yang saya perlukan hanyalah satu permohonan maaf, bukan kepada saya sahaja tetapi kepada keluarga.

Atu turut menegaskan ikatan persaudaraan dan kenangan membina kumpulan Zero bersama Sharif dan Melati sejak 12 tahun lalu masih sangat bernilai buat dirinya.

Atu sanggup turunkan ego demi perbaiki hubungan

Atu

Sebab itulah, walaupun hati terluka, Atu rela merendahkan ego demi melihat hubungan mereka kembali pulih.

Ramai nasihatkan supaya tidak diperbesarkan masalah ini dan sebagai adik, saya sanggup menurunkan ego demi kebaikan semua.

Tetapi, dia mendakwa usahanya untuk mengajak Sharif kembali bekerjasama seperti dahulu tidak mendapat sebarang respons.

Malah, abangnya itu sudah tidak lagi follow akaun TikTok atau Instagramnya.

Sementara Syaiful, yang tidak terlibat dengan konflik berharap kedua-duanya segera mencari jalan perdamaian sebelum masalah menjadi semakin rumit.

Pssttt! Tak mudah bila hubungan adik-beradik diuji dengan masalah duit dan kerja, lebih-lebih lagi bila masing-masing memendam perasaan terlalu lama. Apa pun, semoga Atu dan Sharif kembali berdamai demi keluarga dan legasi kumpulan Zero yang pernah menghiburkan ramai.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top