'Saya pernah dipenjara, tetapi dia (Trump) hampir sampai ke sana' – Anwar

'Saya pernah dipenjara, tetapi dia (Trump) hampir sampai ke sana' – Anwar

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi detik santai dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini sebelum majlis menandatangani deklarasi bersama mengenai perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja.

Anwar berkata, beliau dan Trump mempunyai banyak persamaan.

“Saya pernah dipenjara, tetapi dia (Trump) hampir sampai ke sana,” katanya yang disambut gelak tawa hadirin pada majlis yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Anwar juga berkongsi bahawa Trump melanggar protokol setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Anwar berkata, Trump secara tidak disangka-sangka menjemputnya untuk menaiki kereta presiden, yang dikenali sebagai ‘The Beast’.

Beliau berkata, ini bertentangan dengan protokol keselamatan presiden AS, tetapi Trump berkeras.

“Trump gembira dapat melanggar peraturan. Ia adalah perjalanan yang menyeronokkan,” kata Anwar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top