“Saya Rasa Baru Sangat Cerai, Tak Terfikir Langsung Cari Pengganti” – Selesa ‘Pegang’ Status Solo, Fazura Pilih Fokus Anak & Karier

“Saya Rasa Baru Sangat Cerai, Tak Terfikir Langsung Cari Pengganti” – Selesa ‘Pegang’ Status Solo, Fazura Pilih Fokus Anak & Karier

Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura belum bersedia untuk mencari teman hidup dalam masa terdekat walaupun sudah lapan bulan berpisah dengan suaminya yang juga aktor, Fattah Amin.

Kata Faz atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, dia kini lebih tenang dan gembira memegang status solo meskipun ada segelintir pihak yang menyuruhnya mencari pengganti.

Jelasnya, apa yang penting buat masa ini adalah memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini menginjak usia 5 tahun.

Malah, dia berterima kasih kepada peminat yang sehingga kini tidka putus-putus mendoakan kebahagiannya.

“Rasanya baru sangat cerai. Sejujurnya saya rasa gembira, tenang, lega, selesa. Memang ada orang kata ‘nak cari pengganti’ tapi… tak ada rasa macam nak cari pengganti.

“For me, saya rasa itu terlalu cepat dan terlalu awal dan baru sangat saya bercerai. Jadi memang tidak terlintas langsung.

“Sudah tentu, ada juga doa-doa peminat. Terima kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk saya. Terima kasih.

“Tapi memang tidak ada terlintas pun nak mencari (pengganti). Bagi saya apa yang penting adalah kerjaya dan anak,” ulasnya.

Ditanya sama ada mana-mana individu cuba mendekati dirinya, Fazura bagaimanapun berkata, tidak ada lagi mana-mana insan yang mendekati dirinya buat masa sekarang.

“Tak ada pun,” jawabnya ringkas.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Tayangan Muzik Video Eksklusif bersama Fazura berjudul, Luar Biasa kolaborasi istimewa bersama pemuzik dan komposer terkenal, Ade Govinda yang di adakan di Aurum, The Exchange, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tenang berdepan kontroversi

Meskipun dilihat semakin aktif di platform Threads, pelantun lagu ‘Sayangi Dirimu’ ini mengakui tidak membaca apa-apa komen yang ditinggalkan di media sosial malah mengelak untuk membuka TikTok, Instagram dan juga Facebook.

Dan, bagi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas, orang sekeliling Fazura juga tidak dibenarkan memberi apa-apa info mengenai kontroversi, gosip, bahkan fitnah-fitnah yang tular.

“Honestly saya memang tak baca sosial media, tak tengok TikTok, Threads saya tengok sekarang sebab ada peminat yang mention dan Alhamdulillah di platform itu best, very positive,  jadi saya memang aktif di Threads sekarang ni.

“TikTok saya memang jarang tengok sekarang, komen-komen juga semua saya tak baca dan orang sekeliling saya pun memang tahu, mereka tidak dibenarkan bagi apa-apa info.

“Sebab saya macam ‘Ini saya tak nak tengok’… so saya memang jenis yang menjaga mental health, saya menjaga ketenangan saya.

“Saya nak hidup tenang, gembira dan saya teruskan fokus dengan kerjaya, busines dan membesarkan my precious daughter.

“Jadi sudah tentu, apa sahaja yang berita-berita ke, gosip ke, fitnah ke, saya memang tidak baca.

“Alhamdulillah, saya kekal tenang dan ingin terus mengekalkan ketenangan,” katanya.

Terdahulu, Fazura terpalit dengan dakwaan berhutang sebanyak RM4.65 juta dengan syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn Bhd.

Menurut pihak Obor Holding Sdn Bhd iaitu pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn. Bhd. yang sinonim dengan Fazura telah dibekalkan tudung dengan nilai RM7.3 juta sejak Jun 2022.

Bagaimanapun, pihak Pink Fate hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah tersebut.

Syarikat terbabit juga memaklumkan, mereka sukar untuk mengutip bayaran berkenaan sejak Disember 2023.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Jawab Dakwaan Hutang Milik Syarikat Berjumlah RM4.65 Juta – “Perniagaan Saya Bukan Kecil…”

ARTIKEL BERKAITAN:Pembekal Tudung Dapat Cek Tendang, Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang Lebih RM4.65 Juta?

Scroll to Top