“Saya rasa MDS ni tak perlu, minggu orentasi tiada hala tuju..” – Pensyarah UiTM

“Saya rasa MDS ni tak perlu, minggu orentasi tiada hala tuju..” – Pensyarah UiTM

Seorang tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dikenali sebagai Professor Dr Muiz Razak berpandangan, Minggu Destini Siswa (MDS) tidak perlu dilaksanakan selepas melihat isu yang tular berkaitan perkara tersebut, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Muiz di laman X, dia yang mengaku sebagai pensyarah UiTM menganggap minggu orentasi yang berlangsung selama seminggu tiada mempunyai hala tuju untuk pelajar.

Minggu orentasi tiada hala tuju

“Sebagai pensyarah UiTM, aku tetap rasa Minggu Destini Siswa (MDS) ni tak perlu.
“Minggu orentasi tiada hala tuju. Buang duit, buang masa, buang tenaga. ‘Fasi’ pun naik kepala,” ujarnya.

Jelas Muiz lagi, pihak atasan serta rakan sekerjanya turut bersetuju untuk tidak melaksanakan minggu orentasi yang hanya mengundang impak negatif kepada fizikal dan mental pelajar.

“My superiors and colleagues also allowed this unnecessary shenanigans on campus,” katanya.

Minggu orentasi tiada hala tuju

Minggu orentasi tiada hala tuju

Artikel lain: Fasi universiti dilabel syok sendiri, buat prank gaduh depan pelajar demi sambut birthday rakan

Netizen setuju dengan pandangan Muiz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang sama seperti Muiz dimana budaya tidak sihat seperti menengking, membuat prank di hadapan pelajar perlu dihentikan.

Fasilitator perlu isikan perkara yang berfaedah sepanjang orientasi

Dalam pada itu, ada individu memberi cadangan kepada fasilitator supaya minggu orientasi didedahkan berkaitan kehidupan di universiti, persekitaran, kaedah pengajian, budaya universiti dan pembinaan sahsiah kepada pelajar baharu wajar diterapkan.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila salah satu universiti awam membuat ‘prank’ bergaduh di hadapan pelajar baharu dengan menyambut hari lahir rakan mereka.

Situasi tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati ramai kerana netizen menyifatkan aktiviti itu adalah tidak memberi apa-apa manfaat serta impak kepada pelajar.

Sumber: X @MuizRazakMR

Scroll to Top