Pelakon Linda Hashim berkata dia bertindak menyekat nombor telefon suaminya, Beego selepas mendakwa berdepan tekanan serta serangan emosi.
Memetik mStar Online, Linda mendakwa suaminya sering menghantar video berkaitan isteri derhaka dan gangguan tersebut mengganggu mentalnya.
BACA: “Perlu Ke Saya Minta Izin Suami Macam Dia?”
“Gangguan yang saya terima sangat menganggu mental. Saya diserang berulang kali walaupun tak berbuat apa-apa. Pergi ke rumah sendiri pun tetap diserang.
“Saya juga sering terima video-video berkaitan isteri derhaka daripada Beego. Disebabkan itu saya tiada pilihan selain menyekatnya,” katanya.
Sementara itu, Linda berkata dia dan Beego masih berhubung melalui aplikasi Facebook berkenaan urusan anak-anak.
Malah, Linda berkata Beego boleh saja datang ke rumah serta mengambil atau berjumpa dengan anak-anak tanpa halangan.
“Kami masih boleh berhubung, hantar gambar, buat panggilan dan berbincang perkara berakitan anak seperti baju sekolah serta keperluan lain. Dakwaan dia langsung tak boleh berkomunikasi dengan saya adalah tidak benar,” katanya.
Sumber: mStar Online



