”Saya Sendiri Yang Masuk Dengan Gembira” – Emma Maembong Jawab Isu Masuk Kelab Malam | Trending – Oh! Media

”Saya Sendiri Yang Masuk Dengan Gembira” – Emma Maembong Jawab Isu Masuk Kelab Malam | Trending – Oh! Media

Trending

Emma Maembong akhirnya mengaku dirinya dalam video tular di kelab malam Sibu.


Pelakon popular, Emma Maembong akhirnya tampil mengakui bahawa dirinyalah aktres wanita yang tular mengunjungi sebuah kelab malam di Sibu, Sarawak sejak semalam.

Menurut laporan Kosmo, pengakuan itu dibuat sendiri oleh Emma menerusi InstaStory selepas wajahnya dikaburkan dalam beberapa hantaran yang tersebar di media sosial.

“Kenapa sampai nak ‘blurkan’ muka saya” – Emma Maembong

Emma Maembong

Menurut Emma, kehadirannya ke pusat hiburan tersebut bukan sekadar berseronok, sebaliknya atas urusan kerja.

Saya tak fahamlah kenapa orang suka memberi reaksi berlebih-lebihan sampai nak kena ‘blurkan’ muka saya.

Mudah saja, saya ke Sibu sebab nak rakam video muzik dan kebetulan DJ di situ dan saya nak pergi tengok.

Emma turut menjelaskan bahawa dia masuk ke kelab tersebut tanpa berselindung, malah tidak memakai pelitup muka atau topi.

Saya sendiri yang masuk kelab tanpa memakai pelitup muka atau topi sebab memang nak pergi tengok dia spin.

Siap lambai peminat

Emma 1

Tambah pelakon drama Seribu Tahun itu, dia sedar sedang dirakam namun memilih untuk tidak menghalang rakaman berkenaan.

Bila orang rakam, saya yang lambai dengan mesra. Saya tahu ramai orang rakam dan biarkan benda itu terjadi.

Jadi, bukannya saya menyorok di bawah meja.

Emma menegaskan, jika benar dia cuba menyembunyikan diri, situasinya pasti berbeza.

Dalam masa sama, Emma turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang mengaburkan wajahnya dalam video tular sebelum ini.

Biarkan dan tak perlu nak kaburkan muka serta beritahu siapa pelakon itu.

Sedangkan saya sendiri yang masuk dengan gembira, ramai orang jaga saya.

Malah, Emma memuji sikap masyarakat setempat di Sibu yang disifatkan sangat terbuka dan tidak menghukum.

Orang-orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat.

Pssttt! Hentikan budaya cepat menghukum. Selebriti juga manusia biasa yang ada kerja, kehidupan dan hak membuat pilihan sendiri tanpa perlu dihukum berlebihan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top