“Saya Tahu Apa Berlaku Dengan Rumah Tangga Marirsa, Tapi Tak Boleh Dedahkan”

“Saya Tahu Apa Berlaku Dengan Rumah Tangga Marirsa, Tapi Tak Boleh Dedahkan”

Abang kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Danish Hakim berkata dia tahu serba sedikit mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangga adiknya.

Memetik Oh Bulan, Danish bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan kepada umum kerana lebih baik jika Marisa sendiri membuat penjelasan.

BACA: “Sehina Dia Di Mata Puan, Aslam Tak Pernah Aibkan Marissa & Puan”

“Saya adalah tahu serba sedikit apa yang berlaku dengan rumah tangga Marissa, tetapi saya tidak boleh dedahkan kerana itu adalah hak peribadi dia.

“Saya risau jika tersalah cakap. Pada saya lebih baik jika ada apa-apa isu atau penjelasan ingin dibuat, biarlah tuan badan sendiri yang jelaskan.

“Terus terang, walaupun saya abang kandung dia tetapi tidak tahu sepenuhnya apa yang dia lalui,” katanya.

Sementara itu, Danish berkata hal berkenaan rumah tangga adalah perkara sensitif serta mengakui tidak mengetahui status terkini rumah tangga adiknya itu.

Tambahnya lagi, individu yang lebih layak untuk menasihati Marissa adalah bapa mereka, pelakon Norman Hakim.

“Kalau pasal rumah tangga, saya cuba elakkan untuk tanya lebih-lebih. Saya tak mahu rosakkan mental dia. Apa yang mampu saya buat sekarang hanyalah berdoa untuk dia dan ahli keluarga lain,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top