Pempengaruh popular, Khairul Aming mencuri perhatian selepas mendedahkan jumlah wang yang diterimanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi perkongsian video berdurasi lebih satu minit yang tular di platform TikTok, Aming atau nama penuhnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, mengaku ‘gift’ hasil ‘live’ yang diterimanya pada malam tesebut sahaja mencecah hampir, RM32,000.
Meskipun menerima sejumlah wang yang besar untuk satu sesi live yang diadakan, Aming bagaimanapun menjelaskan, dia tidak pernah menggunakan duit hasil ‘gift’ yang diterimanya itu untuk dirri sendiri.
Malah, hasil kutipan yang diperolehi akan disalurkan semula kepada mereka yang terpilih menerusi ‘gift’ yang akan diberikannya.
“Duit yang terkumpul setakat ini adalah RM31, 931.87. Yang ni satu sen pun akau tak ambil.
“Duit ni KA (panggilan untuk dirinya) akan gunakan untuk orang lain pula. Kejap aku masuk live orang lain aku akan bagi singa, kejap aku bagi ikan paus, kejap aku bagi kereta api. Memang tak pernah habis duit ni. Sebab KA buat live akan masuk lagi duit baru.
“Aku tak withdraw pun, aku tak tahu nak keluarkan dekat mana. Sebab tak pernah withdraw ni memang KA dah cakap awal-awal duit gift orang bagi saya tak ambil,” katanya.
Tambahnya, sokongan yang diberikan terhadap produk keluarannya serta perniagaan yang dijalankan sudah mencukupi.
“Sebab anda semua support saya punya busines, itu sudah lebih dari cukup. Jadi duit gift yang selama ni masuk kita akan gunakan untuk support orang lain,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji tindakan anak muda berwawasan ini apatah lagi sifatnya yang suka memberi dan membantu orang lain sering menjadi inspitasi buat masyarakat.





