“Saya Tak Kisah, Lebih Baik Begini” – Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tak Ada Hubungi… Anak-Anak Pun Tidak Mencari

“Saya Tak Kisah, Lebih Baik Begini” – Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tak Ada Hubungi… Anak-Anak Pun Tidak Mencari

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memaklumkan bekas suaminya, aktor Aliff Aziz tidak ada menghubunginya selepas perbicaraan perceraian mereka pada

Ketika ditemui XTRA, Bella mengakui perkara tersebut tidak menganggu emosinya, malah dia juga berpendapat bahawa itu adalah jalan yang terbaik untuk mereka.

“Sebenarnya saya sudah tak mahu ulas pasal itu, tapi sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej atau panggilan atau Direct Message (DM) dari dia.

“Tapi saya tiada masalah dengan benda itu, saya tidak pertikaikan, saya tidak marah, saya rasa lebih baik begini.

“Tapi kita tak tahu tiga sehingga empat tahun lagi macam mana sebab saya rasa ini jalan yang terbaik. Sebab saya seorang yang berhati lembut, dan saya tidak bersedia untuk itu (berbaik),” katanya.

Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran dan perasmian muzik video lagu baharu Tapi Bukan Denganmu di TRX Exchange, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Sementara itu, aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu ini juga bersyukur kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara tidak mencari bapa mereka.

“Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya lagi takut kalau mereka fikir yang bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar dan setakat ini okay. Boleh nampak di media sosial saya,” katanya.

Untuk rekod, Bella pernah berkahwin dengan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Namun, Bella sah bercerai dengan Aliff di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.

Scroll to Top