“Saya Tak Kisah Orang Nak Kata Kurus Macam Popeye, Rambut Hitam Pontianak”

“Saya Tak Kisah Orang Nak Kata Kurus Macam Popeye, Rambut Hitam Pontianak”

Pelakon Datin Paduka Eina Azman berkata dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan orang ramai mengenai dirinya.

Menerusia sesi siaran langsung, Eina berkata meskipun ada yang mendakwa wajahnya kini kelihatan berbeza berbanding dulu, apa yang penting adalah kebahagiaan dalam hidupnya.

BACA: Suami Tak Wish Birthday Punca Eina Azman Menangis

“Saya tidak pernah meminta pandangan sesiapa tentang wajah saya. Saya gembira dengan kehidupan saya. Saya tidak kisah kalau orang nak kata saya kurus macam kartun Popeye ke, rambut hitam macam pontianak ke, saya okay saja.

“Bagi saya yang penting keluarga saya gembira dan orang-orang yang saya sayang berada dekat dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Eina berkata dia sering menerima komen mengatakan dia menggunakan filter namun dia tidak terkesan dengan komen-komen berkenaan sebaliknya hanya mampu ketawa.

“Saya tak marah dan hanya mampu ketawa saja. Suka hati koranglah. Saya asyik dapat komen yang mengatakan saya pakai filter, mempersoalkan bentuk mata, hidung dan kening saya.

“Apa masalahnya? Kalau saya gemuk salah, hitam salah, muka berjerawat salah. Kalau kurus dan putih mesti salah kan?” katanya.


Scroll to Top