“Adakah benar-benar perlu mencari sokongan dengan mendedahkan kelemahan seseorang?”.
Demikian respons anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang dipercayai ditujukan kepada madunya, Umisya Mazlan susulan hantaran berbaur ungkitan mengenai kontroversi rumahtangganya.
Kata Marissa menerusi hantaran di Threads, dia mengakui apa yang berlaku adalah khilafnya sekali gus memberi bayangan bahawa dia juga tidak dilayan secara adil oleh suaminya, Ahmad Aslam sepanjang perkahwinan mereka.
“Yang mana saya sendiri akui sebagai kesalahan dan kekhilafan, sedangkan saya tidak mengganggu atau melakukan sebarang provokasi selepas bernikah.
“Malah, saya tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, secara adil, dan saya juga tidak menuntut apa-apa mahupun berkata apa-apa,” katanya.
Dalam hantaran sama, Marissa turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan madunya yang mendedahkan kelemahannya yang disifatkan untuk meraih sokongan ramai.
“Adakah benar-benar perlu mencari sokongan dengan mendedahkan kelemahan seseorang?,” ujarnya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut seolah memakan dirinya sendiri apabila rata-rata netizen mengecam tindakannya yang didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga antara Umisya dan Aslam,




Terdahulu, Umisya tampil bersuara selepas namanya terpalit dalam isu perkahwinan suaminya, Aslam bersama Marissa demi meleraikan beberapa spekulasi yang berunsurkan fitnah.
Kontroversi rumah tangga Marissa dan Aslam mula meraih perhatian selepas pasangan itu menghadiri prosiding lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Difahamkan, Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali di luar mahkamah sebelum kembali rujuk dalam tempoh berbeza.




