“Saya Tak Menyesal, Saya Tak Takut” – Syed Saddiq Harap Musuh Politik Tak Lalui Nasib Sama | Oh! Negara – Oh! Media

“Saya Tak Menyesal, Saya Tak Takut” – Syed Saddiq Harap Musuh Politik Tak Lalui Nasib Sama | Oh! Negara – Oh! Media

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sujud syukur sebaik sahaja melangkah keluar daripada Mahkamah Rayuan hari ini.

Beliau juga dilihat menitiskan air mata kerana perjuangan selama lima tahun akhirnya berpihak kepada dirinya.

BACA: Terkini! Syed Saddiq Menang Rayuan, Bebas Hukuman 7 Tahun Penjara, Sebatan Dan Denda RM10 Juta

Jelas Syed Saddiq, tidak dapat diungkapkan betapa banyak rintangan yang dilaluinya. Tak cukup dengan integritinya dicalar, ibu bapanya juga diasak dan disoal siasat dengan penuh tekanan.

Syed Saddiq syukur pilih jalan keadilan

Syed Saddiq

Sebagai anak, dia berasa bersalah dan sedih kerana ibu bapanya turut terkena tempias dugaan politik.

Kemenangan mengingatkan saya kenapa saya memilih jalan keadilan. Jujurnya saya berharap apa yang saya lalui tak akan mana-mana musuh politik saya lalui juga. Saya harap tak ada dendam.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam di atas kerja keras dan kepercayaan yang tidak pernah putus terhadapnya.

Terima kasih ibu ayah, kakak dan abang setia bersama saya. Saya risau reaksi mereka daripada nasib saya sendiri. Mereka adalah hidup saya.

Selain peguam dan keluarga, Syed Saddiq juga berterima kasih kepada rakan-rakan parti, sahabat-sahabat #BASS yang sudi datang memberikan sokongan di mahkamah.

Pssttt! Alhamdulilah syukur, walaupun ambil masa lima tahun, ini membuktikan Syed Saddiq di pihak yang benar.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top