Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia tidak menyesal mempertahankan prinsipnya meskipun aset miliknya termasuk 3 kereta mewah terpaksa dilelong pada Khamis lalu.
Menerusi sesi siaran langsung, Vida menjelaskan dia membuat bayaran setiap bulan namun projek berkenaan tidak siap serta dia tetap kuat melalui dugaan berkenaan.
BACA: Aset Vida Termasuk 3 Kereta Mewah Berjaya Dilelong RM1 Juta
“Saya memang tak nak bayar. Walaupun mampu tapi hati saya sakit. Bayar bank RM100,000 sebulan tunggu projek siap tapi tiga tahun tak siap-siap.
“Kalau saya bayar, reputasi saya hilang nilai.
“Tapi kalau saya lawan, orang tetap mengata. Saya tetap kuat sebab saya percaya kita kena pandang ke depan,” katanya.
Sebelum ini, aset milik Vida termasuk tiga kenderaan mewah berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan RM1 juta pada Khamis.
Acara lelongan diadakan di kediaman usahawan itu di Meru Heights melibatkan dua pembida yang juga usahawan.




