“Saya Tak Nak Duit, Saya Nak Emas”

“Saya Tak Nak Duit, Saya Nak Emas”

Majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon Erra Fazira menjadi bualan ramai apabila menerima dinar emas sebagai mas kahwin daripada suaminya, Ezwan Zain.

Mendapat gelaran Wedding Of The Year, Erra berkata dia tidak sangka dinas emas sebagai mahar itu menjadi inspirasi buat bakal pengantin yang lain.

BACA: Erra Fazira Buat Kejutan Istimewa Hari Lahir Suami Di Tanah Suci

Menurut Erra, dia turut menjadikan emas sebagai pelaburan masa depan melihat kepentingan menyimpan emas sebagai aset.

“Sewaktu kami buat persiapan perkahwinan dulu, suami pernah tanya saya nak hantaran berapa? Saya cakap saya tak nak duit, saya nak emas.

“Sekarang saya lebih cakna tentang kepentingan menyimpan emas. Kalau dulu saya lebih sukakan emas putih. Kini saya mula menyimpan emas kuning.

““Saya juga turut membelikan anak saya Engku Aleesya emas setahun sekali sebagai pelaburan masa depan. Di saat dunia sekarang berdepan pelbagai isu antaranya peperangan, pentingnya untuk kita menyimpan aset seperti emas,” katanya kepada HibGlam

Sementara itu, Ezwan berkata isterinya meminta emas sebagai mas kahwin dan dia melihat ianya juga untuk memberi kesedaran kepada mereka di luar sana mengenai kepentingan emas.

“Sebenarnya, salah satunya tujuan kami adalah untuk memberi kesedaran. Saya sedia maklum kepentingan emas. 

“Apabila kita jadikan emas sebagai mas kahwin, kami berharap langkah ini dapat beri kesedaran kepada orang lain mengenai kepentingan emas,” katanya.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top