“Saya Tak Perlu Marah Sebab Tak Terkesan Pun” – Fazura Perjelas Dakwaan Over Sentuh Muka Rakan Artis

“Saya Tak Perlu Marah Sebab Tak Terkesan Pun” – Fazura Perjelas Dakwaan Over Sentuh Muka Rakan Artis

Pelakon dan usahawan, Fazura tampil memberi respon selepas dikritik kerana menyentuh dan memegang wajah rakan selebriti Indonesia, Nagita Slavina, ketika menghadiri majlis perkahwinan Luna Maya.

Menerusi satu potongan siaran langsung di Instagram, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata dia langsung tidak marah atau terkesan dengan kecaman yang diterima.

“Kita perlu bersyukur saja tidak jadi seperti orang begitu yang suka mengkritik.

“Saya tidak perlu marah sebab tidak terkesan pun.

“Apabila saya dengar saya macam okay saja, biarlah mereka mahu kata apa pun.

“Tidak salah jika saya mahu memegang muka atau menunjukkan kasih sayang terhadap kenalan, asalkan saya tidak mengganggu orang lain,” katanya.

Menurut Fazura, tidak salah menunjukkan kasih sayang terhadap kenalan selagi tidak mengganggu orang lain.

Terdahulu, terdapat segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan aktres itu yang sering menyentuh wajah individu yang ditemuinya.

Malah, sebelum ini, ibu kepada pengarah popular, Syamsu Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tampil mempertahankan Fazura apabila memaklumkan tindakannya memegang wajah rakan selebriti sebagai tanda beramah mesra.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa ‘Over’ Sentuh Muka Rakan Selebriti, Patimah Ismail Pertahankan Fazura – “Apa Dosanya?”

Scroll to Top