“Saya Tak Perlu Membalas Semula Sebab Ustaz Dah Jelaskan”

“Saya Tak Perlu Membalas Semula Sebab Ustaz Dah Jelaskan”

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan mengulas mengenai isu solat tanpa telekung sehingga mencetuskan persoalan netizen di media sosial.

Memetik BH Online, Siti berkata tidak perlu untuk dirinya mengulas kerana pihak yang lebih arif dalam agama sudah memberi penjelasan.

BACA: “Siti Nurhaliza Tutup Aurat, Telekung Bukan Syarat Sah Solat”

“Bagi saya, soal yang berkaitan dengan ibadat, saya tidak perlu hendak membalas semula sebab ustaz pun sudah jelaskan. Tidak perlu pun saya kata apa-apa. Kita yang beragama Islam pun tahu apa yang sepatutnya.

“Tetapi, pada masa sama, saya masih lagi memperbaiki diri dan amalan saya. Apa yang saya harapkan, Allah semakin beri saya kekuatan dan kesabaran.

“Bukan mudah untuk menjadi anak seni dalam dunia yang semakin mencabar, di mana setiap apa yang kita buat pasti akan jadi tumpuan,” katanya.

Sementara itu, Siti enggan menyalahkan individu yang merakam gambar berkenaan kerana isu tersebut timbul apabila komen yang memperbesarkan perkara tersebut.

“Mungkin juga (pihak) yang rakam gambar itu tidak berniat untuk mencetuskan sensasi. Tetapi, apabila orang yang komen jadikan ia satu isu. Jadi, saya tidak mahu cakap orang yang rakam foto itu salah. 

“Saya tidak mahu cakap tetapi orang yang memperkatakan itu, dia bertanggungjawablah dengan apa yang dia katakan… Itu sahaja,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top