”Saya Tak Pernah Sekat” – Diana Danielle Akhirnya Bersuara | Trending – Oh! Media

”Saya Tak Pernah Sekat” – Diana Danielle Akhirnya Bersuara | Trending – Oh! Media

Trending

Diana Danielle akui pilih tak berhubung dengan Farid Kamil demi elak emosi terganggu.


Pelakon cantik, Diana Danielle akhirnya membuka mulut mengenai keputusannya untuk tidak lagi berhubung dengan bekas suami, Farid Kamil selepas penceraian mereka.

Menurut laporan Utusan, Diana berkata keputusan itu diambil bagi menjaga emosi serta memberi ruang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

Perceraian ini masih baharu, jadi saya perlukan masa. Fokus saya sekarang adalah anak-anak.

“Dia boleh terus tanya anak-anak” – Diana Danielle

Diana Danielle

Tambah Diana, dia tidak menghalang Farid untuk bertemu anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora. Namun, dia lebih selesa jika komunikasi dibuat terus dengan anak-anak, bukan melalui dirinya.

Dia boleh terus tanya anak-anak kalau nak buat sesuatu bersama. Saya tak pernah sekat masa perjumpaan.

Diana juga menegaskan bahawa cara ini dapat mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa dia cuba mempengaruhi anak-anak terhadap bapa mereka.

Podcast bukan untuk ungkit kisah lama

Diana Danielle

Menjawab kontroversi kenyataannya dalam satu podcast baru-baru ini, Diana menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi kisah hidup sebagai anak seni, bukan untuk membuka luka lama.

Saya hanya mahu melangkah ke hadapan.

Pssttt! Kadang-kala menjauh bukan bermakna benci, tapi satu bentuk perlindungan diri. Hormati ruang sesama bekas pasangan demi kesejahteraan anak-anak.

Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top