Penyanyi Shila Amzah berkata dia pernah berdepan pengalaman dan trauma akibat dibuli dan menentang budaya tidak sihat itu.
Memetik Oh Bulan, Shila berkata dia akan bersuara jika ada perkara yang tidak kena dan tidak boleh menerima hal membabitkan buli serta penderaan.
BACA: “Biarlah Gambar Yang Menjawab…” – Shila Amzah Nafi ‘Tanggung’ Suami
“Saya sudah 25 tahun dalam industri, jika ada beberapa perkara yang saya rasa tidak kena, saya akan bersuara.
“Saya tak suka kena buli sebab saya sudah lama dibuli. Jadi apabila ada hal melibatkan buli, memang saya pantang. Dua perkara yang saya tidak boleh terima adalah buli dan ‘abuse’ (penderaan),” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata sebagai selebriti dia boleh membantu untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu buli serta menasihati mana-mana mangsa tampil kehadapan.
“Saya mahu mereka yang berdepan masalah sama untuk berani menuntut keadilan walau dari sudut apa jenis buli yang mereka alami, mental, fizikal, lisan atau sebagainya. Buli tidak patut pun wujud,” katanya.
Sumber: Oh Bulan