“Saya Tak Suka Orang Mengatur-Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

“Saya Tak Suka Orang Mengatur-Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

Pelakon Que Haidar tampil menjelaskan pandangannya berhubung soal jodoh dan kehidupannya sekali gus menegaskan dia lebih selesa menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

Menurut Que, komen dan cadangan orang ramai kadang-kadang membuatkan dirinya berasa tertekan terutama apabila melibatkan soal jodoh dan hubungan peribadi.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di platform Threads, Que mempersoalkan mengapa dia perlu memberi emas kepada Fazura kerana dia hanya akan membeli emas untuk bakal isterinya sahaja.

“Kenapa saya kena beli untuk Fazura? Saya beli untuk bakal isteri saya dan kita tak tahu siapa bakal isteri sebenar saya. Entah-entah yang tengah  komen ni ke? Kau orang ni menekan-nekan,” katanya.

Dalam pada itu, Que menegaskan dirinya tidak gemar diatur oleh orang lain sebaliknya memilih untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah.

“Sometimes saya tak suka orang mengatur-atur hidup saya. Saya serah pada Allah. Allah atur hidup saya, insyaa-Allah,” jelasnya.

Scroll to Top