Oh! Artis
Isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah, dedah diceraikan kali pertama ketika hamil anak sulung.
Isu rumah tangga penyanyi Nubhan sekali lagi jadi perhatian selepas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, tampil menjelaskan situasi sebenar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.
Dr Afifah mendedahkan bahawa lafaz cerai pertama antara mereka berlaku ketika dia sedang hamil anak sulung pada 2017.
BACA: Nubhan Dah Berusaha Pertahankan Rumah Tangga, Hargai Kenangan Manis Bersama Bekas Isteri
Dr Afifah serahkan urusan cerai kali pertama kepada Nubhan
Kini dia memohon mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut sebelum meneruskan prosiding bagi talak kedua yang difailkan baru-baru ini.

Afifah yang diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, menjelaskan dia hadir untuk prosiding pengesahan talak kedua pada 26 Ogos lalu selepas mendengar khabar mengenai permohonan yang difailkan Nubhan pada 2 September.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada pergaduhan besar yang berlaku sebelum talak dilafazkan.
Pada malam itu dia datang ambil di rumah. Makan malam dan berbual macam biasa, tetapi kemudian dalam perjalanan balik rumah suami lafazkan cerai. Saya terkejut dan tak sangka akan berlaku lagi perceraian. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham.
Dr Afifah kini tinggal bersama anak-anak
Mak mentua tahu (nak cerai), semalam saya ada jumpa tapi sebelum ini kami tak berhubung secara langsung.
Afifah yang kini tinggal bersama tiga anak mereka mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan penyanyi berkenaan.
Katanya, dia hanya fokus kepada anak-anak dan kerjaya sebagai doktor gigi.
Pssttt! Walau apa pun punca sebenar di sebalik pergolakan rumah tangga ini, semoga kedua-duanya dapat menemui jalan terbaik demi anak-anak. Kadang kala, perpisahan bukan bermakna kebencian, tapi satu ruang untuk menyembuhkan. Semoga masing-masing terus kuat dan matang mengharungi ujian ini.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




