Pelakon Zizan Razak berkata dia menghulurkan bantuan kepada Amir Raja Lawak untuk meringankan beban pelawak itu meskipun mereka tidak begitu rapat.
Memetik Utusan, Zizan berkata dia tidak sangka namanya menjadi perhatian selepas mesej perbualan mereka dikongsikan oleh Amir di media sosial.
BACA: Tak Banyak Tanya, Zizan Razak Terus Minta Nombor Akaun Nak Bantu Amir Raja Lawak
Menurut Zizan lagi, baginya rezeki yang dikurniakan Tuhan buat untuk dirinya sahaja kerana ada bahagian dalam rezeki itu perlu dikongsikan.
“Sebenarnya, Amir tak cari saya pun. Saya yang mesej di Instagram tanya bagaimana keadaan dia seperti yang anda lihat itulah. Walaupun dia dengan saya tidaklah rapat sangat tapi kami lahir dari program sama iaitu Raja Lawak.
“Tapi bukan rakan-rakan artis sahaja yang perlu dibantu, orang-orang luar yang kita tak kenal pun boleh sahaja kita bantu, apalah sangat.
“Allah bagi rezeki bukan 100 peratus untuk kita. Ada dalam bahagian rezeki kita perlu dibahagikan. Bukan mahu tunjuk bagus tapi demi kebaikan bersama,” katanya.
Bagaimanapun, Zizan mengakui bimbang seandainya niat baiknya itu disalah anggap sebagai riak dan disebabkan itu dia hanya berdiam sahaja.
“Saya takut sebenarnya, kalau boleh selepas saya dah derma, mahu diam-diam sahaja. Tapi kalau diam-diam mungkin orang tak nampak kerja saya. Saya bukan nak suruh orang nampak saya baik, tapi cukuplah kalau memberi inspirasi.
“Nak bantu orang bukan soal duit sahaja, kita ada tangan, tenaga dan suara. Benda-benda ini pun boleh bantu orang sekeliling kita. Tapi saya takut mungkin ada pihak yang lihat benda ini sebagai riak, sebab itu saya tak mahu komen atau diam sahaja,” katanya.
Sumber: Utusan




