Siapa sangka, Khairy Jamaluddin (KJ) yang dahulunya ahli politik meranggul gelaran Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-36.
Bekas Menteri Kesihatan yang kini bertugas di Hot FM sejak lebih setahun lalu membuktikan beliau juga diterima ramai dalam dunia radio.
Fuh, memang gamat habis suasana malam tadi kan? Terbaru, KJ menerusi hantaran di Instagram memuat naik ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
Beliau yang ‘tergelincir’ dari dunia politik selepas dibuang mendapat tempat dalam dunia hiburan dan media yang agak asing baginya.
Jelas KJ, mungkin ianya bermula sebagai satu troll atau prank tetapi Hot FM telah memberi peluang kepadanya untuk terus ke udara.

KJ telah menyebut beberapa nama penting termasuk rakan penyampai AG, Fara Fauzana dan Johan yang banyak memberi tunjuk ajar.
Sepertimana saya sebut semalam dalam ucapan saya, “Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah. Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t.” Trust in His plan.
Akhir sekali, beliau memberi kata-kata semangat supaya tidak mudah berputus asa dan percaya kepada perancangan Allah SWT.





