“Saya Tidak Mahu Memanjangkan Fitnah”- Siti Nurhaliza

“Saya Tidak Mahu Memanjangkan Fitnah”- Siti Nurhaliza

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan dakwaan mengenai persembahnnya baru-baru ini.

Kata Siti menerusi satu kenyataan yang dimuat naik, persembahan tersebut adalah atas dasar menghargai warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain, ia dilakukan tanpa sebarang bayaran dan atas dasar kerelaan hati.

“Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang sedang membuat persembahan.

“Saya menyanyi kerana mahu menghargai warga KKM atas rela hati dan tanpa bayaran,” katanya.

Dalam pada itu, Siti juga menegaskan, penjelasannya ini penting agar tidak ada lagi pihak yang menyebarkan dan memanjangkan fitnah apabila namanya dipetik dalam berita mahupun penulisan.

“Saya tidak mahu lebih ramai memanjangkan fitnah  apabila nama saya dipetik dalam berita atas nyanyian saya di majlis semalam.

“Seperti mana penjelasan saya, saya tidak minta apa-apa bayaran, saya datang sebagai tetamu dan saya menyanyi dengan rela hati.

“Saya rasa penjelasan ini penting supaya anda tidak membuat penulisan, berita dan menyebarkan nama atau gambar saya dengan sesuatu yang tidak sahih beritanya,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial tampil mempersoalkan bajet yang digunakan pihak KKM apabila menjemput beliau ke acara yang di anjurkan baru-baru ini.

Scroll to Top