Selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya isteri pertama Aslam tampil membuka mulut mengenai isu rumah tangga yang tular.
BACA: “Sampai Kena Talak Berkali-Kali, Tak Boleh Ke Saya Bersuara?” – Abby Abadi Luah Rasa Berang
Umisya, yang juga madu kepada pempengaruh Marissa Dania, tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah dan kecaman yang berterusan di media sosial.
Dakwa tiada kena mengena, tapi nama terpalit
Menurut Umisya, dia sebenarnya tidak pernah mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga suaminya dengan pihak sana.

Namun, keadaan menjadi semakin teruk apabila pelbagai fitnah dan hinaan dilemparkan sehingga melibatkan anak-anaknya.
Umisya turut mendedahkan sebab sebenar dia pernah memuat naik isu tersebut di Twitter sebelum ini.
Jelasnya, tindakan itu bukanlah atas kehendaknya sendiri, sebaliknya atas permintaan keluarga pihak sana untuk menghentikan hubungan tersebut.
Disini saya tegaskan ‘Sebelum ini’ kenapa saya viralkan di Twitter perkara tersebut kerana saya diminta oleh keluarga pihak sana dengan harapan hentikan hubungan mereka.
Menurut Umisya lagi, pelbagai usaha telah dilakukan sebelum perkahwinan kedua suaminya berlaku.

Dia juga mendedahkan bahawa pada awalnya, pihak keluarga di sebelah sana tidak mempercayai perkara tersebut sehinggalah bukti dikemukakan.
Pernah nak bercerai, tapi dihalang oleh keluarga mentua
Selepas mengetahui perkahwinan tersebut, Umisya mengakui dia mahu berpisah, namun dihalang oleh keluarga mertua dan diminta mendapatkan nasihat terlebih dahulu.

Akhirnya, dia memilih untuk memberi peluang dan cuba menerima poligami demi anak-anak.
Umisya pernah bercerai kerana langgar taklik Aslam

Dalam masa sama, Umisya turut menafikan dakwaan yang tular mengenai penceraian mereka.
Disini saya perbetulkan, saya pernah bercerai dengan suami semasa kejadian hubungan sebelum kawin berlaku. Saya dilafaz taklik yang mana disebutkan, ‘kalau kau bercakap pasal ini lagi kita bercerai’ yang mana kejadian waktu hubungan itu terjadi.
Menurutnya, penceraian itu berlaku dalam konteks berbeza dan bukan seperti yang digambarkan di media sosial.
Di akhir kenyataan, Umisya memohon maaf dan berharap penjelasannya jelas.
Pssttt! Dalam isu rumah tangga yang penuh emosi macam ni, memang mudah untuk orang luar buat andaian. Tapi hakikatnya, hanya mereka yang lalui sahaja tahu apa yang sebenar berlaku. Harap semua pihak dapat ruang untuk selesaikan perkara ini dengan lebih tenang tanpa tekanan netizen.
Kredit: Thread Umisya Mazlan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




