Scammer warga China ditahan, 142 kad sim dan 45 telefon bimbit dirampas

Scammer warga China ditahan, 142 kad sim dan 45 telefon bimbit dirampas

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warga China dipercayai mendalangi kegiatan scammer menerusi serbuan di kawasan belukar Kampung Siram Pasir Mas, awal pagi, hari ini.

Serbuan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan oleh Batalion 8 itu turut merampas 45 unit telefon bimbit, 142 kad sim dan dua kad memori (pendrive) membabitkan nilai lebih RM48,000.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad, berkata ketika serbuan dilakukan pihaknya mengesan dua lelaki warga Chiana berusia 32 dan 34 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Kedua-dua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah.

“Suspek dipercayai terbabit dengan aktiviti scammer dalam talian berdasarkan kuantiti 45 unit telefon bimbit dan dan 142 kad sim dalam milikannya.

“Siasatan lanjut akan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/62,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Risikan dan pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan PATI,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top