Pelakon dan usahawan terkenal, Scha Alyahya menepis dakwaan kononnya jenamanya, Ayaya, dibiayai oleh pihak tertentu.
Menurut Scha, 41, Ayaya dibangunkan hasil usaha gigihnya sendiri tanpa sokongan kewangan daripada individu lain.
“Ayaya is funded by hustle and self-funding. Bukan funded by sesiapa seperti yang diperkatakan,” katanya ringkas.
Meninjau ruangan komen di media sosial, rata-rata peminat memuji kualiti jenama berkenaan yang dilihat setanding dengan label antarabangsa.
Namun begitu, ada juga segelintir netizen menasihati isteri kepada pelakon dan pengacara, Awal Ashaari itu supaya tidak mengambil pusing terhadap komen negatif yang dilemparkan.





