Oh! Artis
Linda Jasmine dedah punca cerai dengan Que Haidar demi lindungi anak daripada perkara tidak baik.
Perpisahan antara Linda Jasmine dan Que Haidar sebelum ini memang jadi perhatian ramai. Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di sebalik rumah tangga mereka.
Terbaru, Linda seolah-olah memberi bayangan tentang sebab sebenar perceraian mereka yang berlaku tahun lalu. Apa yang dikongsi ini terus buat netizen terdiam.
Linda Jasmine pilih cerai sebab nak selamatkan anak-anak?
Menurut Linda, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara suka-suka. Sebaliknya, ia dilakukan demi melindungi dua anak perempuan mereka daripada perkara yang tidak baik.
Saya melindungi mereka (anak-anak) daripada kejahatan, sebab itu saya menceraikan dia. #YTJT.- Katanya.
Namun, Linda tidak berkongsi secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan “kejahatan” tersebut.
Respon kepada netizen
Kenyataan itu dipercayai sebagai balasan kepada seorang netizen yang menasihatkan supaya mereka kembali rujuk. Malah, ada juga yang mencadangkan supaya mereka bernikah semula demi kebaikan bersama.
Situasi ini nampaknya bukan sekadar pandangan luar sahaja, malah anak mereka sendiri, Tengku Ratu Haidar turut tampil memberi respon.
Terima kasih atas perhatian anda. Tapi awak tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.- Kata anaknya.
Kisah rumah tangga mereka
Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Namun, hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada Julai 2024.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.
Pssttt! Kadang-kadang apa yang kita nampak di luar tak sama dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga seseorang. Jadi, sebelum cepat menghukum atau bagi nasihat, lebih baik kita faham situasi dulu. Jaga mulut, jaga hati, sebab setiap keluarga ada cerita yang kita tak tahu.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!







