“Sebab Kau…” – Nadhir Nasar ‘Sound’ Pelakon Baru, Punca Pelakon Senior Ada ‘Stereotype’ | Oh! Media

“Sebab Kau…” – Nadhir Nasar ‘Sound’ Pelakon Baru, Punca Pelakon Senior Ada ‘Stereotype’ | Oh! Media

Nama pelakon berbakat, Nadhir Nasar kini semakin menonjol dalam dunia hiburan. Namun baru-baru ini pelakon drama Projek: High Council ini tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir individu yang mencemarkan nama pelakon baharu dalam industri.

Dakwanya, disebabkan sikap pelakon baru terbabit, pelakon baru yang lain juga menerima tempias. Nadhir bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon yang dimaksudkan.

“Kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau” – Nadhir Nasar

nadhir nasar

Pelakon ini juga sempat memberikan nasihat kepada generasi pelakon baru supaya menghormati mereka yang lebih berpengalaman dalam industri seni.

Dia tidak mahu sikap angkuh pelakon baru menimbulkan pandangan tidak baik dalam kalangan pelakon senior.

“Jalan depan orang lama, tunduk”

nadhir nasar

Ujarnya lagi, pendatang baru dalam bidang hiburan perlu bersikap merendah diri dan beradab dalam berinteraksi dengan pelakon veteran.

Terdahulu, tular di media sosial isu buli melibatkan pelakon baru di set penggambaran. Pelakon senior seperti Rita Rudaini dan Nabila Huda bagaimanapun menafikan wujudnya unsur buli di tempat kerja.

#OhmediaNasihat

Tidak dinafikan, terdapat pelbagai cabaran apabila memasuki alam pekerjaan. Sebagai junior, lebih baik jika kita merendah diri dan menghormati pekerja senior untuk menimba pengalaman berharga daripada mereka. Tapi, kalau ada unsur buli terus lapor kepada pihak bertanggungjawab tau!


Scroll to Top