“Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip Dengan Pelakon Baru” – Nadhir Nasar

“Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip Dengan Pelakon Baru” – Nadhir Nasar

Pelakon, Nadhir Nasar meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan individu dalam industri hiburan yang dipercayai telah mencalar imej pelakon baharu.

Menerusi ciapan di platform X, Nadhir menganggap perbuatan tersebut membuatkan pelakon senior mula stereotaip terhadap pelakon baharu.

“Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baru. Great. Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau.

“Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Nadhir turut sempat memberikan pesanan kepada pelakon baru untuk menghormati senior dalam bidang hiburan ini.

“Jalan depan orang lama, tunduk. Dimarah orang lama, tunduk. Menegakkan benang yang basah, itu buruk,” katanya.

Meskipun tidak mendedahkan perkara sebenar disebalik ciapan itu, ramai mendakwa Nadhir mengulas mengenai isu pelakon baru dibuli di set penggambaran.

Artikel Berkaitan: Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tak Anggap Ia Tindakan Buli – “Silap Saya Tak Memahami Watak”

Artikel Berkaitan: “Bukan Skrip Je Baling, Kerusi Pun Boleh Melayang!” – Lana Nodin Berang Pelakon Baharu Tak Bersedia Di Set Penggambaran

Artikel Berkaitan: “Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

Scroll to Top