Trending
Rakan arwah Mustaqqeem luah rasa terkilan, dakwa sahabatnya ditinggalkan sendirian di Gunung Liang kerana ‘pace’.
Tragedi pemergian arwah Mustaqqeem Mansoor di Gunung Liang meninggalkan kesan mendalam terhadap seluruh rakyat Malaysia.
BACA: Tragedi Gunung Liang: Rakan Karib Dedah Situasi Sebenar, Nafi Tinggal Arwah Membuta Tuli
Ibu arwah, Rohani Saad turut meluahkan rasa kecewa mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan seorang diri di puncak.
Sahabat luah rasa kecewa
Terbaru, rakan arwah dikenali sebagai Fahmi Pawzi meluahkan rasa terkilan terhadap apa yang berlaku.
Katanya, semasa di hospital Slim River, salah seorang sahabat mereka iaitu Daus ada menunggu semasa proses bedah siasat.
Di situ, Daus berjumpa dengan rakan pendakian arwah (Apis) yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘kawan baik’ arwah.
‘Kawan baik’ berkata, dia ada naik semula untuk mencari arwah selama 6 jam namun tidak berjaya menemui arwah.

Dalam luahannya, Fahmi mempersoalkan adakah lelaki itu benar-benar ‘kawan baik’ kerana tergamak meninggalkan arwah yang katanya ketika itu kekejangan otot (cramp).
Die cakap dekat Aten, injured hang tu “CRAMP”. Aku ingat hang injured berat patah ke, acl mcl pcl semua. Sebab “CRAMP” je dia tinggal demi nak kejar “PACE” dia. Betul ke dia kawan baik hang Mus? Dia cakap dia tak tinggal, kenapa dia sampai bawah dulu dah tau kaki hang sakit?
Katanya, dia tidak dapat menerima alasan sekiranya arwah ditinggalkan hanya kerana ingin mengejar ‘pace’ atau kelajuan kumpulan semasa mendaki.
“Kami tak boleh terima cara hang pergi”
Lebih menyayat hati, Fahmi menulis bahawa dia sanggup menerima sekiranya arwah terjatuh atau terhempap pokok, namun bukan kerana ditinggalkan.

Fahmi turut menceritakan bahawa arwah merupakan seorang rakan yang baik dan banyak berjasa kepada kawan-kawannya.
Katanya lagi, arwah dikenali ramai kerana sifatnya yang ceria serta sentiasa membantu orang sekeliling.
Dia juga sempat mengimbau kenangan lama mereka bersama, termasuk waktu bermain futsal dan mendaki gunung.
“Maafkan kami Mus, kami semua sayang hang…”

Di akhir perkongsian, Fahmi meluahkan rasa bersalah kerana tidak dapat bersama arwah pada saat terakhirnya.
Dia turut memohon agar orang ramai mendoakan arwah dan menegaskan agar isu keselamatan dalam aktiviti pendakian diberi perhatian.
Walaupun kau kesejukan sorang-sorang, maafkan kami mus. Kami semua sayang hang, Mus.
Luahan Fahmi itu turut membuka semula persoalan dalam kalangan netizen mengenai pengurusan dan tanggungjawab rakan-rakan pendaki semasa kejadian berlaku.
Pssttt! Luahan rakan arwah Mustaqqeem ini cukup meruntun hati dan memberi pengajaran besar kepada semua. Dalam apa jua aktiviti lasak seperti pendakian, semangat berpasukan dan keprihatinan terhadap rakan adalah perkara paling utama. Jangan kejar ‘pace’, tapi kejar keselamatan bersama.
Kredit: Facebook Fahmi Pawzi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



