“Sebab saya tiada gelaran PU?” -Baby Shima anggap tuduhan hina agama satu fitnah

“Sebab saya tiada gelaran PU?” -Baby Shima anggap tuduhan hina agama satu fitnah

Tindakan penyanyi kontroversi, Baby Shima yang dilihat lantang membidas kenyataan pendakwah bebas berkenaan penganjuran konsert Coldplay mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Memetik laporan dari Mstar, pemilik nama sebenar, Nor Ashima Ramli mengatakan apa yang diluah sebelum ini hanyalah pandangan peribadi dan sama sekali tiada niat untuk menghina Islam.

Walaupun sedar bahawa dirinya kurang mempunyai ilmu agama, namun menurut Baby Shima dia masih mempunyai hak untuk bersuara dan berpendapat bahawa para peminat band luar negara terbabit mempunyai pilihan untuk hadir ataupun tidak ke konsert berkenaan.

“Saya beritahu apa pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tiada title PU (Pencetus Ummah) saya tak boleh suarakan pendapat? Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap?
“Namun tuduhan bahawa saya menghina agama, keluarkan fatwa, malah fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.
“Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert!” katanya.

Ujar Baby Shima itu lagi, dia sebenarnya terbuka sahaja menerima sebarang teguran tapi lebih selesa jika secara bersemuka dan bukan kecaman seperti di media sosial.

Tambahnya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menfitnahnya secara berterusan dengan mengatakan dia mencemarkan nama agama.

Alangkah baiknya jika pihak-pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan.
“Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran bukan serangan tanpa usul periksa.Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam , sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” ujarnya.

Terdahulu, PU Syed telah menegur Baby Shima kerana mengeluarkan kenyataan supaya mereka yang tidak mahu menonton konsert Coldplay duduk sahaja di rumah dan tidak perlu ‘bising’ meminta konsert tersebut dibatalkan.

Menurut pendakwah bebas itu, penyanyi berkenaan tidak memahami agama  namun berani bercakap berkenaan halal haram.

Sumber: Mstar