Trending
Anak Jaslinda mohon maaf bagi pihak ibunya dan merayu orang ramai terus mendoakan usaha pencarian.
Anak kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih tampil meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan ibunya.
BACA: “Azan Dilaungkan” – SAR Gunung Batu Putih Masuk Hari Ke-12, Bomba Perak Kongsi Perkembangan Terkini
Menerusi perkongsian di media sosial, anak Jaslinda turut menghargai kehadiran setiap individu, anggota serta pihak yang terlibat dalam usaha pencarian ibunya selama ini.
“Tolong doakan ibu”

Dalam hantaran tersebut, dia menzahirkan rasa syukur atas doa, kebaikan dan keikhlasan orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada keluarganya.
“Ibu, we miss you”

Luahan ringkas itu cukup menyentuh hati apabila dia turut menulis bahawa mereka sekeluarga merindui ibunya.
Dalam masa sama, anak Jaslinda juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ibunya pernah melakukan sebarang salah silap, sama ada secara sedar atau tidak.
Katanya, sebagai waris, dia dengan rendah hati memohon maaf bagi pihak ibunya, Jaslinda binti Saludin.
Pssttt! Sebak membaca luahan seorang anak yang masih mengharapkan doa ramai buat ibunya. Semoga Jaslinda dipermudahkan segala urusan dan keluarganya terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Buat orang ramai, teruskan mendoakan yang baik-baik kerana setiap doa mungkin menjadi asbab kekuatan buat mereka.
Kredit: Thread deefzl
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




