Sebak bergelar suami, bapa mertua titip pesan sambil peluk erat menantu baru

Sebak bergelar suami, bapa mertua titip pesan sambil peluk erat menantu baru

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci dan penuh dengan amanah serta janji. Setiap pasangan yang akan melangsungkan pernikahan pasti berasa berdebar kerana bakal memikul tanggungjawab baru dalam hidup.

Perasaan gementar bagi bakal mempelai terutamanya pengantin lelaki memang tidak dapat disorok lebih-lebih lagi ketika di depan jurunikah dan wali pengantin perempuan.

Namun, melihat pengantin lelaki menangis terharu kerana berjaya menghalalkan seorang isteri pastinya membuatkan kita yang melihat juga turut sebak.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @aarizaisyrizqi apabila memuat naik momen mengharukan itu ketika majlis pernikahan adik perempuannya aapbila pengantin lelaki menangis seusai ijab qabul.

 

@aarizaisyrizqi

bertuah adek aku , dpt suami btol2 ikhlas syg . ni first time tgk lelaki selepas akad nikah menangis🥺 bapak aku pujuk dan pesan amanah tanggungjawab

♬ suara asli – rainn – rainn

Apa yamg membuatkan ramai tersebut ialah tindakan bapa pengantin perempuan yang sama-sama bangun dan memeluk menantu barunya bagi memberikan ketenangan serta menitipkan pesan amanah tanggungjawab sebagai seorang suami.

Pengguna TikTok itu juga bersyukur kerana adiknya mendapat seorang suami yang betul-betul ikhlas menyayanginya sehingga menitiskan air mata saat pernikahan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen memaklumkan yang pengantin lelaki itu benar-benar menyayangi isterinya dan menyedari bahawa bakal menggalas tanggungjawab besar selepas ini.

Ada diantara mereka turut berkongsi kisah sewaktu melangsungkan pernikahan dan perasaan sama juga dialami mereka ketika sah bergelar seorang suami kepada seorang wanita bertuah.

 

Sumber: TikTok @aarizaisyrizqi

Scroll to Top