“Sebelum Buat Pizza, Satu Sen Nafkah Pun Kau Tak Pernah Bagi”

“Sebelum Buat Pizza, Satu Sen Nafkah Pun Kau Tak Pernah Bagi”

Pempengaruh dan usahawan Cik Epal mendedahkan dia tidak pernah menerima nafkah daripada bekas suaminya, Jofliam sebelum menjalankan perniagaan piza.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Cik Epal turut mendakwa nafkah diterimanya sebanyak RM5,000 minggu juga tidak konsisten dan dalam beberapa bulan sahaja.

BACA: “Janji Helok, Tinggi” – Cik Epal Tak Kisah Jodoh Dengan Lelaki Muda

“Buat piza pun baru setahun jagung. Merasa RM5k seminggu tu dalam beberapa bulan je. Jangan ilusi lah pernah bagi RM240k setahun. Tak pernah dapat dari kau ye.

“Sebelum buat piza, satu sen nafkah pun kau tak pernah bagi. Kot nak sembang berdegar sangat pasal nafkah,” katanya.

Sementara itu, Cik Epal mendakwa dari awal perkahwinan diminta bahagi tanggungjawab 50/50 kerana tidak mampu namun dia tidak kisah bersusah senang.

“Hal Han dan Yuki tu memang tanggungjawab kau. Dari awal kahwin suruh 50-50 sebab kau tak mampu. Aku layankan sebab aku tak kisah susah senang dari awal.

“Tapi Allah uji senang sikit bila ada piza, terus menggeletis dengan betina hamak. Tak kan dah cerai pun nak 50/50. Eh lemak engko. Lepas cerai ingat aku nak menderita ke lepas kau tak ada dalam hidup aku? Lambert lagi,” tulisnya.


Scroll to Top