Sebut ‘sesuatu’ di kamera TV, ramai terhibur dengan reaksi Pandalela Rinong

Sebentar tadi, atlet Malaysia dalam sukan terjun 10 meter platform seirama wanita, Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee telah turun beraksi untuk merebut gelaran di Olimpik Tokyo 2020.

Walau bagaimanapun, impian mengulangi sejarah seperti di Olimpik Beijing tidak kesampaian apabila mereka hanya berada di kedudukan yang ke-8.

Walau bagaimanapun, pastinya seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian mereka dan mengucapkan syabas diatas usaha yang begitu besar untuk mengharumkan nama negara.

Namun, disebalik pertandingan tersebut, satu video pendek menunjukan reaksi Pandalela apabila menerima keputusan terjunannya telah menarik perhatian ramai dan menghiburkan semua.

Menerusi video yang tular itu, ramai yang perasan Pandalela dengan spontan menyebut perkataan ‘babi’ tanpa disedari kata-kata tersebut mendapat sorotan kamera.

Walaupun perkataan tersebut terdengar kasar kepada rakyat Malaysia, namun warganet menerimanya dengan terbuka serta turut sama terhibur melihat sorotan video berkenaan.

Mereka juga sedar bahawa perkataan tersebut seperti satu ‘bukti’ menunjukkan seseorang itu rakyat Malaysia walaupun ia sesuatu yang agak kasar untuk dituturkan.

Warganet juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan apa yang diucapkan Pandalela yang pasti berasa kecewa apabila mendengar keputusan akhir terjunannya itu.

Sumber: Twitter @HfizIrfann