Sedihlah keaiban orang, gembiralah burukmu dirahsia-Nya

Sedihlah keaiban orang, gembiralah burukmu dirahsia-Nya

APABILA Allah suka dan mahu meninggikan darjat dan kemuliaan dirimu di sisi-Nya, Dia akan tunjukkan kepadamu keburukan dan keaiban dirimu sendiri, kemudian Dia permudahkan jalan-jalan ikhlas, nasihat dan islah agar engkau bersegera membaiki dan membersihkan dirimu.

Apabila Allah tidak menyukaimu dan mahu menghinakan kedudukanmu di mata makhluk-Nya, Dia akan bukakan di hadapanmu keburukan dan keaiban orang lain, bahkan dipermudahkan pula jalan-jalan untuk engkau membesarkan dan menyebarkannya. 

Sedang hakikatnya, Allah sedang menghukummu dengan  ditunjukkan pula segala keburukan dan keaiban dirimu di mata orang lain, lalu mereka pula mencela dan menconteng kemuliaan dan maruah dirimu.

Justeru bersedihlah jika engkau sering ditunjukkan keburukan dan keaiban orang lain dan bergembiralah apabila engkau, dalam rahsia, ditunjukkan keburukan, keaiban dan kelemahan dirimu sendiri. 

Sesungguhnya pembinaan dan islah diri hanya akan bermula apabila diri mula rasa malu pada diri sendiri.

USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 7/2/2023

Advertisement

Scroll to Top