“Segera Tinggalkan Tehran!” – Donald Trump

“Segera Tinggalkan Tehran!” – Donald Trump

Oh! Negara

Trump desak penduduk kosongkan Tehran, sokong tindakan Israel ke atas Iran.


Ketegangan antara Israel dan Iran kini capai tahap membimbangkan apabila bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan kenyataan mendesak penduduk supaya segera keluar dari Tehran.

Amaran itu dibuat ketika sidang kemuncak G7 di Kanada dan disambut dengan penuh kebimbangan oleh pemimpin dunia lain.

Semua orang harus segera mengosongkan Tehran!– Donald Trump.

Donald Trump pulang awal, tanda serangan hampir bermula?

Donald Trump

Disebabkan krisis yang semakin meruncing, Trump dijangka pulang ke Washington lebih awal dari jadual asal, meninggalkan beberapa mesyuarat penting termasuk dengan pemimpin Ukraine dan Mexico.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt mengesahkan perkara itu.

Sebaik saja saya tinggalkan tempat ini, kita akan buat sesuatu. Tetapi saya kena tinggalkan dulu.- Kata Trump kepada wartawan.

Walaupun masih belum mengesahkan penyertaan rasmi AS dalam serangan ketenteraan Israel ke atas Iran, Trump secara terbuka menyokong tindakan tersebut.

Namun, katanya beliau masih mengutamakan jalan diplomasi.

Iran akan jadi bodoh jika enggan berunding. Perang ini menyakitkan kedua-dua belah pihak, tetapi Iran bukan pihak yang menang.

Pemimpin G7 setuju, tapi bimbang keganasan berlarutan…

Donald Trump

Majoriti negara dalam G7 seperti Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan AS sendiri menyatakan sokongan terhadap tindakan Israel.

Namun, kebimbangan semakin memuncak apabila serangan makin tidak terkawal dan mula menyasarkan kawasan awam. Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut beri peringatan kepada Israel.

Macron merayu supaya Israel elak sasarkan orang awam dalam serangan terhadap Iran.

Pssttt! Apabila pemimpin dunia mula memberi amaran terbuka seperti ini, ia bukan lagi sekadar amaran politik biasa. Krisis Israel-Iran kali ini benar-benar di ambang perang besar. Nyawa orang awam, kestabilan serantau dan masa depan dunia kini bergantung kepada tindakan seterusnya. Semoga pendekatan diplomatik masih sempat menjadi jalan penyelesaian sebelum semuanya musnah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top