Seixas semakin hampir juara di Basque

Seixas semakin hampir juara di Basque

Eibar: Paul Seixas terus mencuri tumpuan apabila memenangi peringkat kelima Tour of the Basque Country, sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan.

Pelumba remaja berusia 19 tahun itu menewaskan Florian Lipowitz dalam pecutan penamat selepas mengharungi laluan sukar sejauh 176.2 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Eibar.

Kemenangan itu menjadi yang ketiga buat Seixas daripada lima peringkat setakat ini, sekali gus meletakkannya di landasan terbaik untuk muncul juara keseluruhan, yang bakal menjadikannya pelumba Perancis pertama menjuarai perlumbaan Jelajah Dunia dalam tempoh 19 tahun.

Seixas kini memiliki kelebihan dua minit 30 saat (s) ke atas Lipowitz di tempat kedua, manakala Primoz Roglic jatuh ke kedudukan ketiga dengan ketinggalan 3:40s.

Walaupun berdepan cabaran getir dan mengakui tidak berada pada tahap terbaik, Seixas tetap berjaya mengawal perlumbaan sebelum menamatkan saingan dengan penuh bergaya.

Peringkat terakhir sejauh 135.4km dari Antzuola ke Bergara dijangka menjadi penentu, namun Seixas menegaskan dia tidak akan mengambil mudah cabaran tersebut walaupun berada di posisi selesa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top