“Sejak Bersama Ameera, Saya Lebih Suka Duduk Rumah, Tak Keluar Malam”

“Sejak Bersama Ameera, Saya Lebih Suka Duduk Rumah, Tak Keluar Malam”

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol berkata semenjak dia menjalin hubungan istimewa bersama kekasihnya, Ameera Khan dia lebih suka menghabiskan masa di rumah.

Menerusi satu temu bual, Jefri berkata mungkin ramai tidak percaya namun selepas bersama Ameera dia tidak lagi keluar malam.

BACA: Tewas 38 Saat, Ameera Khan Tetap Anggap Jefri Nichol ‘Real Man’

“Semenjak bersama Ameera, saya lebih suka duduk rumah. Ramai tak percaya tapi ini betul.

“Sisi suka bermain game keluar kembali. Sebab 2 3 tahun lepas saya suka keluar malam. Tapi selepas bersama Ameera, saya rasa tiada sebab lagi untuk meneruskan aktiviti malam,” katanya.

Sementara itu, Jefri berkata meskipun menjalin hubungan jarak jauh namun mereka sering berhubung menerusi panggilan telefon.

“Bangun tidur, masih on-the-phone. Kalau panggilan itu terputus, kami terus telefon semula. Kami belum pernah tidak menghubungi antara satu sama lain, sentiasa on-the-phone,” katanya.


Scroll to Top