“Sejak Bila Hang Ni Selebriti?” – Caprice Persoal Asyraf Khalid

“Sejak Bila Hang Ni Selebriti?” – Caprice Persoal Asyraf Khalid

Penyanyi rap Caprice mempersoalkan tindakan usahawan Asyraf Khalid yang menggelarkan dirinya sebagai seorang selebriti.

Menerusi video di Instagram, Caprice tertanya-tanya sejak bila Asyraf bergelar sebagai seorang selebriti serta menyebut beberapa nama pelakon dan penyanyi sebagai contoh seorang selebriti.

BACA: “Sebenarnya Masalah Ni Salah Kita Sendiri, Yang Suka Tengok Benda Ni” – Caprice Komen Isu AJL

“Saya cuma nak tahu sejak bila hang ni selebriti? Adakah anda seorang pelakon, mungkin penyanyi? Adakah anda seorang rapper atau mungkin supermodel? Saya tak tahu ini berita untuk saya. Sejak bila dan celah mana awak ini selebriti?” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut menyarankan Asyraf memberhentikan pekerja yang mencadangkan idea untuk mengadakan sidang media semalam.

“Asyraf lain kali sesiapa pun punya idea untuk buat sidang media ini tolong pecat dia. Ini idea yang sangat teruk. Kalau ini idea awak, tolong pecat diri sendiri,” katanya.

Diakhir video tersebut, Caprice berkata dia akan menghubungi Asyraf secara peribadi untuk selesaikan kemelut antara mereka.

Dalam satu sidang media, Asyraf berkata dia memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice susulan hantaran yang dimuat naik penyanyi itu di media sosial.

Tambahnya lagi, serangan hantaran yang dmuat naik oleh Caprice didakwa mencalarkan imej peribadi serta memberi impak negatif sehingga digelar perog*l, ped*filia.


Scroll to Top