“Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

“Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur apabila suaminya menaikkan jumlah wang nafkah kepadanya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Watie berkata dia tidak pernah mengadu duit nafkahnya tidak mencukupi, namun Shuib seolah mengambil iktibar daripada kes keretakkan bekas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.

“Alhamdulillah, sejak kes Fattzura, suami up duit nafkah. Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” katanya.

Sementara itu, Watie turut sempat menitipkan pesanan kepada pasangan suami isteri di luar sana untuk sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur dalam perkahwinan.

“Sebenarnya kepada laki bini jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

“Kehidupan rumah tangga ini untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” tulisnya.

Watie Hanifiah

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

Artikel Berkaitan: “Masing-Masing Berebut Nak Save Contact ‘Fav Child’ Dekat Telefon” – Watie Hanifiah Terharu, Sayang Anak-Anak Tiri Sama Rata

Artikel Berkaitan: Pernah Dicerca ‘Fati Bawang’, Disamakan Macam B*bi… Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Buat Pembedahan Hidung – “Kos Keseluruhan Secara Purata RM30,000”

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Mohon Maaf, Tiada Niat Persenda Kaum Orang Asli

Scroll to Top