'Sekarang tengok apa yang kau dah buat' – Nabila Huda

'Sekarang tengok apa yang kau dah buat' – Nabila Huda

affan.rostam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perkongsian video terbaharu dimuat naik aktres popular, Nabila Huda menerusi akaun Instagram (IG) miliknya yang dilihat menyindir seorang wanita bergelar Datin, mengundang perhatian ramai.

Melalui video berkenaan, anak kepada legenda rock, Datuk Amy Search itu mendakwa individu terbabit tidak pernah berubah, selain sudah memalukan keluarga.

“Berhentilah memalukan keluarga, memalukan suami tercinta. Cubalah sedar, kau ingat kau besar sangat? Satu Malaysia tak suka kau, dah boleh keluar negara ini, tak ada orang yang boleh terima.

“Perangai kau tidak pernah berubah. Sekarang tengok apa yang kau dah buat. Sebab orang lain bagi pendapat tak boleh, semua nak ikut cara hidup kau,” katanya.

Nabila turut menuntut individu yang dimaksudkan itu untuk berubah sebelum orang ramai mula mencari tahu siapa dirinya yang sebenar.

“Ingat asal usul itu siapa. Aku dah banyak kali beri amaran, jangan sampai orang siasat siapa diri kau sebenar dan ‘korek’ segala benda jahat yang kau buat,” tambahnya tanpa menamakan sesiapa.

Bagaimanapun, pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan, pelakon filem Gayong itu berkongsi dia sedang berlatih secara monolog untuk tawaran lakonan terbaharunya.

“Tengah berlatih monolog untuk kerja seterusnya. Doakan saya berjaya untuk watak saya yang seterusnya,” tulisnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top