Sekumpulan penghuni pusat pemulihan dadah, alkohol milik persendirian larikan diri

Sekumpulan penghuni pusat pemulihan dadah, alkohol milik persendirian larikan diri

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis mengesahkan sekumpulan penghuni melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan dadah dan alkohol di Bukit Kuda, Klang, dekat sini. minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada pemilik pusat itu, pada 28 Oktober lalu.

“Menurutnya, premis miliknya didatangi oleh sekumpulan lelaki dan perempuan lalu membawa beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan pusat ini.

“(Jumlah yang melarikan diri) masih dalam siasatan polis. Sebarang perkembangan akan kita dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Siasatan mendapati, Pusat Pemulihan Boaz ini adalah milik persendirian,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi

Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan jenayah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum enam bulan penjara atau denda RM3,000, atau kedua-duanya sekali

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan pihak polis.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 9614, balai polis berhampiran, atau Pegawai Penyiasat kes ini, Sarjan Amirul Ashraf Abd Rahim di talian 011-69730086,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top