15 Ogos 2025 12:42pm
Masa membaca: 4 minit

Anggota penyelamat (kiri) memeriksa lokasi banjir kilat di sebuah perkampungan dalam daerah Kishtwar pada 14 Ogos 2025. Foto AFP
MOSCOW – Sekurang-kurangnya 46 orang maut akibat banjir melanda wilayah Jammu dan Kashmir, India, lapor Agensi Berita PTI.
Banjir yang berlaku di kampung Chashoti itu turut menyebabkan kemusnahan besar.
Seramai 167 mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan, dengan 38 daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Perdana Menteri India, Narendra Modi menyampaikan rasa dukacitanya terhadap tragedi berkenaan, sambil memaklumkan pihak berkuasa sedang menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas.
Kampung Chashoti merupakan titik permulaan bagi ibadat tahunan ke kuil Dewi Kali. Upacara keagamaan tahun ini terpaksa dibatalkan berikutan bencana itu. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti