Suami kepada pelakon terkenal, Zahnita Wilson akan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan berkaitan keganasan rumah tangga.
Untuk kesalahan itu suspek akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Suami Zahnita positif urin narkotik

Dalam laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata, selain kes pukul, suspek juga akan berdepan pertuduhan tambahan berkaitan kes urin positif narkotik.
Terdahulu, suspek telah ditahan polis selama tiga hari untuk menyiasat pendedahan yang dibuat Zahnita di media sosial.
Mata lebam dipukul

Zahnita memuat naik dua foto yang menunjukkan lebam di bahagian matanya. Pendedahan ini telah mengejutkan orang ramai, menimbulkan pelbagai reaksi dan sokongan kepada Zahnita.
Selepas penangkapan suaminya, Zahnita telah menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Walaupun sudah 20 tahun bersama, pelakon ini tidak mampu lagi bertahan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.





