Pelakon Uqasha Senrose memaklumkan dia sudah mempunyai akaun Threads dan hantaran pertama di akaun media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Diruangan komen, Uqasha turut mengakui dia tidak pandai dalam teknologi dan sebelum ini orang lain yang akan membantunya.
BACA: “Ingat! Uqasha Masih Isteri Orang, Saya Suami Dia Yang Sah”

“Hi salam kita ni pertama kali ada Threads ini. Selama ini password semua orang lain pegang dan kawal sebab saya tak pandai IT.
“Jadi tak pandai nak godek-godek ini. Sebelum ini semua orang buatkan kalau pasal gadget,” tulisnya.
Diruangan komen ada netizen yang secara terbuka memberi tunjuk ajar kepada aktres berkenaan serta mengatakan lama-kelamaan Uqasha akan pandai menggunakan platform tersebut.




