Pelakon dan pelawak veteran, Sathiya memaklumkan dua jarinya yang dijangka dipotong berjaya diselamatkan dan tidak perlu dipotong.
Memetik Harian Metro, pelawak berusia 61 tahun yang tetap ceria meksipun berdepan ujian kesihatan berkata doktor hanya satu jari sahaja iaitu ibu jari kiri pada 31 Julai lalu.
BACA: Ibu Jari Kaki Sathia Terpaksa Dipotong Akibat Jangkitan Kuman
“Doktor cakap tak payah potong jari. Selamat kaki aku. Cantik macha (abang atau kawan). Dia sudah angkat jari.
“Kaki saya pakailah. Sekarang dua jari ini kena letak ubat. Doktor yang rawat saya sangat baik hati. Doktor banyak tolong saya,” katanya.
Sementara itu, Sathiya yang sudah beberapa tahun menghidap diabetes dan darah tinggi berkata dia kini hanya berehat dirumah serta seronok sekiranya ada tetamu yang mahu menziarahinya.
“Hari itu TV3 dan radio Suria mari (datang). Saya seronok ada orang datang melawat,” katanya.
Sumber: Harian Metro




